#Hiburan: Hanya Salah Faham, Mungkin Faktor Emosi Orang Mengandung – PU Abu Nafi Curang

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai dakwaan Pencetus Ummah Abu sekali lagi ‘kantoi’ curang selepas isterinya, Hana Azraa memuat naik foto seorang wanita di Instagramnya yang dikatakan skandal baru suaminya.

pu abu curang

Bagaimanapun, Abu menafikan tuduhan dia berlaku curang dan menjelaskan perkara yang disebarkan oleh isterinya itu adalah spekulasi semata-mata dan bukan berdasarkan kenyataan sebenar. Malah, Abu berkata tindakan Hana itu mungkin kerana emosi ketika hamil.

Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri dan isteri saya. Apa yang viral itu adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.

pu abu curang skandal pu abu curang skandal

Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung.

Dalam pada itu, Abu menerusi akaun Instagramnya turut memberitahu dia tidak mengetahui sumber gambar wanita yang dimuat naik oleh isterinya itu. Menyifatkan ia satu cubaan untuk mengaibkan seseorang.

Menurut Abu, dia akan tampil menjawab segala spekulasi dan menceritakan perkara sebenar selepas pulang daripada bertugas di Tanah Suci Makkah.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments