Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik video respon terhadap segala kecaman dari pelbagai pihak termasuk selebriti popular Caprice yang mempertikaikan niat murninya untuk membantu Puteri Balqis dan ibunya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Aliff menangis setelah membaca segala komen-komen netizen dan menjelaskan dia tidak ada niat pun untuk memalukan atau mempersoalkan ke mana duit sumbangannya kepada Balqis akan pergi selepas ia diberi.
Bagaimanapun, tidak mudah untuk Caprice mempercayai “kesedihan” yang diluahkan oleh jutawan kosmetik itu.
Bukan berniat mahu mengkritik sesiapa, tetapi Caprice agak kurang senang dengan tindakan Aliff yang tidak henti berdrama serta meraih publisiti murahan.
Lakonan menangis tak ‘real’
Aliff Syukri memang kuat drama
Sedekah tak perlu tunjuk
Rata-rata netizen bersetuju dengan Caprice, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia. Tidak sepatutnya ia dijadikan sebagai bahan untuk berdrama mahupun mengaut keuntungan. Ia hanya menimbulkan salah faham.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments