Kecoh apabila viral sebuah video menunjukkan aksi intim pelakon cantik Eyka Farhana sedang berlaga pipi dengan salah seorang bintang bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.
Bukan video sahaja yang hangat diperkatakan, satu akaun Instagram yang dipercayai milik kelab peminat Akhyar, turut memuat naik beberapa foto romantis pemain bola sepak itu dan Eyka saling berpegangan tangan menghadap pantai ketika mereka sedang bercuti. Ia menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sedang hangat dilamun cinta.
Sedar kisah percintaannya menjadi buah mulut ramai sehingga timbul beberapa isu, Akhyar mengarahkan individu tersebut untuk berhenti foto dia bersama teman wanitanya itu. Akhyar mengakui dia menerima kritikan kerana menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berkenaan.
Terdahulu, aksi intim pasangan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan peminat. Mereka bimbang sekiranya Akhyar hanyut dengan kehidupan peribadinya sehingga menjejaskan kerjayanya. Sepatutnya sebagai pemain bola sepak yang baru meningkat naik, dia harus memberikan seratus peratus komitmen terhadap latihan bola sepak agar prestasinya tidak merundum.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments