Pelbagai kontroversi melanda pelakon Fathia Latiff tahun lalu sehingga ramai juga yang tertanya-tanya apa agaknya masalah yang beliau hadapi sehingga kehidupannya dilihat tidak terurus.
Rata-rata netizen tidak memahami sikap Fathia yang semakin “hanyut” dengan pelbagai tindakan yang merepek. Dia juga pernah dikatakan mempunyai masalah mental dan menghidap penyakit Bipolar.
Bagaimanapun, Fathia menafikan dia mempunyai masalah mental seperti yang didakwa sebelum ini.
Saya tidak pernah ada masalah mental, it’s all stupid dan saya tak pernah pun berjumpa doktor. Bagi saya, kontroversi memang akan terjadi dalam dunia selebriti. Tak ada kena mengena dengan masalah mental.
Fathia berkata dia masih lagi cuba memperbaiki dirinya agar tidak mengulangi kesilapan lalu.
Saya pun masih belajar untuk kawal diri. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya nak jadi diri sendiri. Saya tahu, rakyat Malaysia sayangkan saya sebab itu saya cuba untuk berubah.
Tapi tak boleh berubah 100 peratus. Kena buat secara perlahan-lahan. Doakan yang baik-baik untuk saya.
Harapnya Fathia diberikan kekuatan untuk terus memperbaiki dirinya dan jangan tertekan dengan persepsi orang lain. Semoga kekal tabah untuk terus menjadi insan lebih baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments