#Hiburan: MK K-Clique Pakai Emas Sebab Minat, Dosa Itu Urusan Peribadi

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap dan juga anggota K-Clique iaitu MK.  Kalau dilihat menerusi foto yang dikongsikan di media sosial, MK sering memakai aksesori barang kemas. Perkara itu mencetuskan kontroversi dimana ia menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminatnya.

MK K-Clique

MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia tahu tindakannya itu adalah haram dan salah disisi agama Islam. Namun, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Walaupun hukumnya haram, dia tetap tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk dirinya memakai perhiasan berkenaan.

Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga). Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real.

MK K-Clique pakai emas

Menurut MK, netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.

Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum.

Dalam pada itu, MK menjelaskan dia hanya tampil sebegitu ketika melakukan persembahan sahaja dan tidak berniat untuk mencetuskan provokasi mahupun membawa pengaruh buruk terhadap peminat.

Sumber Berita : Malaysiakini


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments