#Hiburan: Mira Filzah Bakal Bertunang Tahun Ini, Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis, Mira Filzah. Selepas sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki, akhirnya dia baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

mira filzah

Terbaru, timbul ada desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.

mira filzah wan emir astarMalah, identiti lelaki yang kini sedang rapat dengan pelakon wanita itu juga telah diketahui apabila pasangan ini buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah semalam.

Cinta hati Mira Filzah

wan emir astar mira filzah

Lelaki yang dikatakan berjaya mencuri hati Mira dikenali sebagai Wan Emir Astar. Seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid. Bapanya adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen kawasan yang sama (Kuala Kangsar) yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.

kekasih mira filzah

wan emir astar

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

Mira jawab khabar angin bakal bertunang

mira filzah

Meskipun pelbagai spekulasi tercetus, Mira masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak berbicara mengenai kisah peribadinya. Biarlah ia menjadi rahsia demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga.

Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian. Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.

Doakan yang baik-baik sahaja buat Mira dan ‘si dia’. Semoga ada pengakhiran bahagia buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE & FORUM CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments