Baru-baru ini hangat dengan kenyataan Puteri Balqis yang merancang untuk melabur dalam pelaburan Forex sekiranya dia diberi sumbangan bernilai RM100,000 apabila ditanya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Penyanyi terkenal, Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Youtuber menemuramah Balqis dan mengorek cerita yang bukan-bukan.
Hattan berpendapat, Youtuber terkenal itu menggunakan kisah keperitan hidup Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk mengaut keuntungan sahaja serta meraih perhatian sehingga ia menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu. Dihimpit kontroversi dan dikecam teruk sehingga timbul pelbagai spekulasi liar.
Dalam pada itu, Hattan juga meminta orang ramai berhenti daripada menggangu Balqis dan ibunya. Tidak perlu sibuk dengan kisahnya dan Balqis berhak menggunakan dan melakukan apa sahaja dengan duit tersebut.
Dipercayai status yang di muat naik oleh Hattan itu ditujukan kepada Aliff memandangkan videonya bersama Puteri Balqis viral baru-baru ini.
Terdahulu, gara-gara menyuarakan perancangannya untuk melaburkan sebahagian wang RM100,000 dalam Forex ,Balqis dikecam teruk netizen. Mungkin tidak tahan terus difitnah, Balqis bertindak menyahaktif akaun Instagramnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments