Baru-baru ini hangat dengan kontroversi mendakwa Pencetus Ummah Abu buat hal lagi dan mempunyai skandal baru ketika isterinya, Hana Azraa kini sedang sarat hamil anak pertama mereka. Biasalah, bila isu melibatkan kes orang ketiga ini memang banyak yang ‘naik angin’ dan mendapat perhatian ramai apatah lagi ini bukan kali pertama pendakwah bebas itu terpalit dengan kontroversi bermain kayu tiga.
Turut memberikan reaksi terhadap isu itu ialah Caprice yang umum mengetahui rajin mengulas isu semasa. Bagaimanapun, dia kali ini tidak memberikan sebarang komen sebaliknya bertindak keluar dari bilik dan menukar baju yang dipakai kepada jubah putih serta meminta pengikutnya berzikir.
Tak habis-habis nak membahan para ustaz
Tindakan Caprice itu mendapat kritikan daripada seorang lagi pendakwah iaitu Pencetus Ummah Amin yang berkata apa yang dilakukan Caprice boleh dianggap sebagai buli dan menjatuhkan lagi maruah golongan agamawan.
Menurutnya, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa membela rakan-rakan baiknya jika mereka dikecam tetapi setiap perkara berkaitan pendakwah pula pasti akan dikritik.
Terdahulu, Caprice meluahkan rasa bengang dan menggelar PU Amin bodoh apabila menegur penyanyi rap MK K-Clique yang dikecam netizen kerana ingin terus memakai perhiasan emas kerana minat meskipun hukumnya haram untuk lelaki Islam.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments