Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi dan dikecam teruk, namun Da’i Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin tetap bahagia melayari bahtera rumah tangga. Ada sahaja sisi romantik mereka yang menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, wanita itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami tercinta dalam hidupnya.
Baru-baru ini, Dr Erin jatuh sakit dan suaminya begitu ambil berat dan menjaganya dengan baik, dimanjakan seperti bayi siap makan bersuap setiap masa. Alahai, bukan main ‘sweet’ lagi.
Amboi, bukan main manja lagi pasangan suami isteri ini. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka dan semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments