Kontroversi video panas mirip Zul Ariffin yang tersebar pada December tahun lalu, cukup hangat diperkatakan. Kecewa dirinya terkait dengan kes sebegini, Zul akhirnya tampil memberikan penjelasan dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’.
Meskipun kontroversi itu masih menjadi bualan ramai, Zul memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan dengan isu berkenaan.
Dia tidak marah walaupun ini bukan kali pertama menjadi mangsa di internet. Apa yang berlaku tidak memberikan impak kepada dirinya kerana dia hanya seorang pelakon, bukan selebriti.
Saya lebih menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi. Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk kepada kerjaya.
Saya tiada komen untuk hal berkaitan dengan video. Tiada sebab saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh melakukan apa saja yang dimahukan. Untuk saya, ia tidak memberi kesan. Saya masih lagi bekerja seperti biasa.
Terdahulu, netizen dikejutkan dengan penyebaran video panas seorang lelaki bertubuh sasa mirip Zul. Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan dilihat dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya. Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul apabila Zul bertindak menutup akaun Instagramnya. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon bertubuh sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments