#Hiburan: PU Abu Didakwa Curang Lagi, Isteri Dedah Foto Skandal?

Mengejutkan! Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilanda kontroversi baharu melibatkan perkahwinannya bersama Hana Azraa.

pu abu hana azraa

Menerusi akaun Instagram semalam, Hana mendedahkan PU Abu buat hal lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya.

“My husband lover” – Hana Azraa

hana azraa pu abu

Tiada kapsyen panjang daripada Hana tetapi hashtag yang disertakan seakan mendakwa suaminya itu berlaku curang.

“Rasalah, dulu kau ambik hak orang”

pu abu hana azraa pu abu hana azraa

Tidak dinafikan, pendedahan Hana itu cukup hangat dan sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berkata, ini mungkin kifarah buat wanita itu yang sebelum ini dikaitkan sebagai orang ketiga, punca pendakwah itu bercerai dengan bekas isterinya, Ain Afini ketika sedang sarat hamil.

pu abu skandal

Untuk makluman, Hana kini sedang sarat hamil dan pasangan ini sedang menunggu detik kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan di atas tidaklah kami ketahui. Takkanlah seorang isteri mahu mengaibkan suami sebegitu rupa dan siap memalukan wanita lain juga. Mungkin ada benarnya akaun Instagram Hana digodam? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada tuan empunya badan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments