Nama Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Dia antara pelakon cilik berbakat besar, berikanlah apa sahaja watak, pastinya dia mampu untuk menjiwainya dengan baik dan menyentuh hati penonton. Kehebatannya dalam dunia lakonan memang tidak dapat disangkal lagi dan pernah memenangi beberapa anugerah.
Namun, kehidupan Puteri Balqis berubah sepenuhnya, menyepi dari dunia lakonan apabila disahkan mempunyai penyakit hati. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah darah hampir setiap hari sehingga perlu keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.
Terbaru, iklan yang memaparkan sedutan temu bual kehidupan Puteri Balqis dalam rancangan Bersamamu mengejutkan orang ramai apabila memaparkan kehidupannya yang berubah secara drastik.
Terpaksa ikat perut 3 hari
Meskipun dilanda dugaan yang berat, Puteri Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri.
Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah la dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut.
Ramai sedih
Rata-rata netizen sedih melihat keadaannya yang terpaksa ikat perut selama 3 hari. Malah, ada yang tertanya-tanya, tiadakah bantuan daripada pihak berkenaan seperti persatuan Seniman untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu.
Siapa sangka bintang yang disanjung masyarakat kini melalui episod sukar. Semoga Puteri Balqis akan terus tabah menghadapi segala dugaan dan diberikan kesembuhan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments