Sejak beberapa hari ini, penderitaan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian ramai pihak yang bersimpati dengan nasibnya yang jauh berbeza sewaktu berada di puncak populariti satu ketika dahulu.
Sebelum ini, Balqis yang pernah terlantar sakit dikatakan menghadapi kanser tetapi kemudiannya dia dikatakan masalah jantung dan terbaru penyakit hati. Meskipun sudah mendapatkan rawatan di hospital, doktor masih belum dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang “menyerang” pelakon cilik itu.
Kecoh juga mengenai penyakit misteri yang sedang dialami oleh Balqis sehingga dia muntah darah. Ada netizen yang mula membuat spekulasi berhubung penyakit kanak-kanak itu dan mengaitkannya dengan nama ‘Balqis’. Berkemungkinan nama tersebut menjadi penyebab berlakunya penyakit misteri?
Apa sebenarnya maksud nama Balqis?
Ada yang berkata nama ‘Balqis’ tidak sesuai untuk digunakan kerana membawa makna yang tidak baik. Boleh mudah diserang penyakit misteri.
Komen pakar agama
Terpanggil untuk menjelaskan spekulasi-spekulasi yang dibuat segelintir netizen, seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ad-Dien tampil bagi menjelaskan perkara disebalik nama ‘Balqis’ yang dikatakan “kurang elok”.
Menurutnya, mereka yang mengaitkan nama sebagai sebab kepada berlakunya perkara buruk atau malang adalah sesuatu perkara yang dilarang agama dan merupakan perbuatan syirik.
Sepatutnya, sebagai umat Islam kita harus mempercayai kepada Qada dan Qadar. Setiap apa yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Penjelasan Mufti WP
Malah, Mufti Wilayah Persekutuan juga berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu boleh membawa kepada perkara buruk dan terlalu berat untuk ditanggung adalah satu perkara yang tidak berasas. Ia bercanggah dengan aqidah dan boleh jatuh khurafat.
Sumber Berita : Twitter ibcig, Twitter Ad-Dien & Laman Web Pejabat Mufti WP
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments