Kisah pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis mendapat perhatian ramai termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menghulurkan bantuan dan turut menjemput Balqis untuk berkongsikan keperitan perjalanan hidupnya.
Namun, disebalik itu timbul pula kontroversi lain apabila Aliff ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000, Balqis ada mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam Forex. Rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan itu, tiada langsung sebut fasal perubatan.
Teruk juga Balqis dikecam netizen dan ia menjadi perbualan hangat di media sosial. Terbaru, penyanyi Caprice yang sering mengulas isu semasa turut memberikan pandangannya mengenai perkara tersebut.
“Kalau nak sedekah, jangan soal”
Menerusi video dan kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Caprice seakan berkias bahawa, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham.
“Sedekah kena ikhlas bukan ‘marketing'”
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Caprice yang dipercayai seakan menyindir Aliff Syukri.
Terdahulu, ramai yang mempersoalkan skim Forex yang akan dilaburkan oleh Balqis dan ibunya nanti akan membazirkan wang yang diderma ikhlas oleh orang ramai. Lebih baik untuk memberikan wang kepada Balqis secara bulanan atau disalurkan terus kepada pihak hospital untuk dia mendapatkan rawatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments