Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.
Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.
Selepas kisah hidup Aqish mula tular, Datuk Aliff Syukri tidak melepaskan kesempatan dan telah memanggil kedua beranak itu untuk datang ke rumahnya bagi ditemu bual.
Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.
Ni masa live Dato Aliff Syukri hari tu dia ada cakap pasal Forex. pic.twitter.com/nu8us9FJJb
— ???? ????? (@schxrxsli) January 17, 2020
Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Aqish turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa?
Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?
Selepas mendengarkan kenyataan daripada Aqish ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan lump sum dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments