#Hiburan: Emma Maembong Bakal Berkahwin Tahun Ini?

Sejak putus cinta dengan Kamal Adli,  pelakon Emma Maembong tidak lagi menjalinkan hubungan percintaan serius. Tiba-tiba sahaja, sejak beberapa hari lalu timbul desas-desus dia bakal berkahwin pada tahun ini. Ramai tertanya siapakah gerangan lelaki yang sudah berjaya mencuri hati Emma?

emma maembong kahwin

Bagaimanapun, Emma enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menganggap setiap berita yang menyatakan dia bakal berkahwin adalah satu doa yang baik buat dirinya. Tidak mahu mengiyakan mahupun menidakkan.

Hampir setiap tahun sejak dahulu lagi, gosip atau cerita nak kahwin akan muncul. Bagi saya, ia umpama doa yang baik. Cuma saya malas hendak bercerita panjang. Nanti tak jadi kahwin, akan dikecam pula.

emma maembong kahwin

Macam selalu, kalau keluar gosip hendak berkahwin, saya aminkan doa itu. Dalam hal ini, saya hanya minta doa yang baik-baik.

Terdahulu, Emma berkata dia tidak kesal apabila masih solo selepas beberapa episod percintaan kecundang di tengah jalan. Dia selalu berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments