#Hiburan: Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil

Teka-teki mengenai Fasha Sandha yang didakwa berbadan dua akhirnya terjawab apabila aktres itu mengesahkan dirinya sedang hamil.

fasha sandha hamil

Kata Fasha, keguguran pada Jun tahun lalu ketika usia kandungannya enam minggu membuatkan dirinya masih fobia dan kurang bercakap megenai kehamilan terkini.

Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik. Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

fasha sandha hamil

Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak.

Dah terserlah ‘baby bump’ Fasha, malah dia juga semakin berseri. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buatnya dan semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Black Pepper Production


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments