#Hiburan: Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera, Dipergunakan Untuk Duit?

Dugaan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen dan ramai juga rakan-rakan artis yang simpati dengan nasibnya.  Bukan sahaja sakit, dia juga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi menampung kehidupan.

puteri balqis

Ramai juga yang tampil membantu sehingga sumbangan yang diterima oleh Balqis  mencecah lebih RM100,000. Malah, kesemua buku puisi juga sudah habis dijual.

Namun, disebalik kisah viral kesempitan hidupnya, timbul pelbagai spekulasi dan cerita yang kurang enak didengar.

Terbaru, seorang pemuda menerusi akaun Twitter yang mengaku dirinya sebagai bapa saudara Balqis mendakwa kanak-kanak itu sebenarnya hidup menderita. Didera oleh ibu bapanya yang hanya mempergunakan dirinya untuk mengaut keuntungan. Semuanya kerana duit semata-mata.

Balqis didera, dipergunakan untuk duit

puteri balqis dera puteri balqis didera puteri balqis forex puteri balqis

Sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan Balqis ini tidaklah kami ketahui. Namun, tidak dinafikan kisahnya mengungkapkan seribu satu cerita yang menjadi persoalan netizen. Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya, mengapa kini Balqis tiba-tiba menghilangkan diri dan menutup akaun Instagramnya. Apa-apa pun, kami harap akan akan penjelasan daripada pihak Balqis agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar.

 

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments