Baru sahaja sehari mendirikan rumah tangga, nama penyanyi dan pelakon Sasha Saidin dihimpit kontroversi apabila ada pihak mendakwanya sebagai perampas dan punca suaminya, Sirhan Wahab bercerai dengan isteri terdahulu.
Namun, Sasha ketika ditemui pihak media menafikan tuduhan dia perampas suami orang. Malah, dia seakan memberi bayangan mengetahui siapakah yang menyebarkan cerita tidak benar itu.
Sasha berkata dia sedikit pun tidak terkesan dengan dakwaan tersebut dan terus melayari bahtera rumah tangganya dengan aman.
Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami. Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama.
Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis email itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya.
Terdahulu, kami menerima satu kiriman email mengatakan Sasha menjalin hubungan sulit dengan Sirhan sejak Oktober 2015, sewaktu lelaki itu masih bergelar suami orang. Malah, mereka pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019. Kerana lemas dalam asmara, Sirhan pula didakwa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata demi mengejar cinta Sasha.
Kredit Foto : Harian Metro, ABPBH 32 , Fadzlie Mohamad
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments