Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida meluahkan rasa kesal apabila ada mulut jahat ada dan tidak sensitif yang masih terus menghina rupa paras anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.
Menurutnya, selain menghina warna kulit, ada juga netizen melampau yang tergamak memfitnah Cik B mengamalkan ‘minum darah kambing hitam’.
Jelas Vida, dia sudah puas memaksa Cik B untuk minum produk Qu Puteh, namun sering ditolak kerana Cik B sendiri suka akan kulitnya yang gelap.
Rata-rata pengikut di Instagram bersetuju bahawa komen tersebut sudah melampaui batas dan mereka memberikan kata-kata semangat terhadap Cik B dan Vida. Cik B mempunyai keunikan tersendiri, tetap kelihatan cantik dengan kulit hitam manisnya.
Pada masa yang sama, ada juga yang menasihati Vida supaya tidak terlalu memaksa Cik B mengubah penampilannya secara drastik.
Cik B baru berusia 14 tahun, masih muda lagi dan biarlah dia ‘enjoy’ dahulu zaman remajanya. Ada banyak lagi masa untuk dia berubah secara perlahan-lahan. Siapa tahu, satu hari nanti gayanya akan lebih menawan, memang terkedu netizen yang menghinanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments