#Hiburan: Saya Tak Tahu Apa Motif Atikah – Awi Rafael

Pernah gagal dalam percintaan, baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik. Malah, dia juga mengakui pernah melalui pengalaman memeritkan itu.

awi rafael atikah suhaime

Ramai juga yang tertanya adakah ia berkaitan dengan bekas tunangnya? Mengulas kenyataan Atikah, penyanyi Awi Rafael berkata dia tidak tahu apakah motif sebenar pelakon wanita itu membuat pendedahan mengenai hubungan toksik.

Pada masa yang sama, Awie menegaskan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal adalah tidak benar.

atikah suhaime

Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja. Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing.

awi rafaelDalam pada itu, Awi yakin ramai tahu siapa dirinya yang sebenar dan tidak melatah dengan segala dakwaan yang dilemparkan. Menurut Awi, dia cukup gembira dengan kehidupannya kini dan sentiasa mendoakan yang baik-baik bekas tunangnya.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments