#Hiburan: (17 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Dan Persandingan Elly Mazlein

Selepas setahun menyulam cinta, akhirnya pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sah bergelar isteri Mohamad Azlan dengan sekali lafaz pada 18 Januari 2020 sekitar jam 9.00 malam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

elly mazlein nikah

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang tangan emas bernilai RM1,800. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis itu turut menyaksikan keluarga Elly menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, dengan kesemuanya adalah barangan kemas.

Majlis resepsi pasangan itu berlangsung dengan cukup meriah sekali semalam di tempat yang sama.

elly mazlein akad nikah

Sebelum ini, Elly Mazlein mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Elly dan Azlan mula berkenalan sekitar tahun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember lalu. Difahamkan, majlis bertandang akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan.

Lagi beberapa foto sekitar majlis akad nikah serta kemeriahan majlis persandingan Elly dan Azlan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Faridism Production

elly mazlein akad nikah elly mazlein akad nikah elly mazlein akad nikah elly mazlein akad nikah elly mazlein akad nikah elly mazlein kahwin elly mazlein azlan majlis resepsi elly mazlein majlis resepsi elly mazlein majlis resepsi elly mazlein majlis persandingan elly mazlein majlis persandingan elly mazlein majlis persandingan elly mazlein
sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments