Sejak mendirikan rumah tangga, semakin kuat “aura cinta” Da’i Farhan dan isterinya, Erin. Hampir setiap hari wanita itu akan berkongsi momen bahagia bersama.
Baru-baru ini, dia ada memuji keunggulan suaminya beraksi di padang bola sepak. Menemani Farhan sebagai juru sorak di tepi padang, Erin berkata dia setiap masa memberikan semangat buat suaminya.
Malah, Erin juga turut memuat naik foto Farhan yang berjaya menjaringkan kira-kira 100 gol menerusi 18 perlawanan. Turut mengakui betapa ‘macho’ suaminnya itu ketika bermain bola sepak. Seksi habis!
Jika anda lihat, luaran Erin seperti seorang yang ayu, lemah lembut tetapi jangan main-main dengannya. Mempunyai ‘black belt’ dalam taekwondo dan pernah mendapat liputan di dada akhbar.
Baguslah kalau sedang berbahagia, siapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri tercinta kan? Semoga kekal sehingga ke syurga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments