Melihat keperitan hidup yang ditanggung oleh Puteri Balqis sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan, rata-rata netizen mempersoalkan di manakah rakan-rakan artis yang berlakon denganya selama ini? Mengapa mereka tidak tampil menghulurkan bantuan untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu. Namun, hakikatnya ada artis yang pernah membantu Puteri Balqis sebelum ini.
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal, menjual barangan terpakai untuk membantu mengutip derma buat Puteri Balqis.
Ia momen yang tidak boleh dilupakan oleh Sakinah, ketika itu dia seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.
Dalam masa yang sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah. Setiap orang mempunyai ujian tersendiri yang datang dengan pelbagai cara, tetapi jangan jadikan masalah itu sebagai penghalang untuk diri kita melakukan sesuatu.
Bukan Sakinah sahaja yang menyertai acara amal itu, selebriti Jihan Muse, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad turut serta untuk mengutip derma buat Puteri Balqis.
Terdahulu, Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul sebanyak RM2500 dan telah menyerahkan wang berkenaan kepada Puteri Balqis secara berperingkat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments