Biarlah apa pun yang dikata, kalau hati sudah sayang pasti kita akan kembali kepada seseorang itu meskipun mendapat tentangan atau tidak disukai ramai. Begitulah juga dengan Bella Astillah yang berkata dia sedia menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz dengan hati yang terbuka.
Namun, ketika Bella menyatakan kesediaan untuk menerimanya lelaki itu ke pangkuannya semula, Aliff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran. Menerusi video yang tular, dia ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.
Bella berang digelar ‘bebal’
Ada segelintir netizen merasakan Bella tidak serik dengan apa yang berlaku. Untuk apa terus menjalinkan hubungan dengan Aliff dan hidup dalam derita? Malah, ada yang sudah ‘bosan’ dengan sikap wanita itu sehingga menggelarkannya dengan kata-kata kesat.
Berang dengan kecaman melampau tersebut, Bella menerusi Insta Story menegaskan keputusannya untuk berbaik dengan Aliff adalah kerana anak mereka. Dia meminta agar individu tersebut tidak mencampuri urusan mereka.
Terdahulu, Bella berkata perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah bekas suaminya menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments