Tahun lalu, nama pelakon Amar Asyraf menjadi bualan hangat apabila dia didakwa telah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bernama Ellika Azman meskipun sudah mempunyai dua orang isteri.
Terbaru, isteri keduanya iaitu Vivi Jeffry tampil mendedahkan dirinya telah diceraikan oleh Amar dengan talak tiga sejak 4 November tahun lalu secara bersemuka. Bagaimanapun, sehingga hari ini bekas suaminya itu masih berdiam diri dan enggan memberikan kerjasama untuk menguruskan hal perceraian mereka di mahkamah.
Ya, Amar sudah menceraikan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingatkan nak selesaikan secara senyap-senyap.
Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada menghubunginya. Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perceraian.
Menurut Vivy lagi, dia tidak menyimpan sebarang dendam atau marah terhadap bekas suaminya itu meskipun diceraikan dengan talak tiga. Dia redha dan pasrah dengan apa yang berlaku.
Dia hanya memohon Amar dapat tampil bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka di mahkamah secepat mungkin agar kedua-duanya dapat ‘move on’, meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu. Vivy berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments