Baru-baru ini, Janna Nick dihentam teruk oleh netizen yang kurang senang dengan tindakannya menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda, ketika mengacarakan program Melodi hujung minggu lalu.
Sedar apa yang dia katakan itu tidak menjaga sensitiviti orang lain, Janna tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Di menerima setiap kritikan dan kecam dengan hati yang terbuka.
Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai. Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.
Saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi menyinggung perasaan sesiapa.
Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.
Terdahulu, Janna dilabel biadab oleh netizen apabila menggunakan perkataan ‘janda’ ketika mengumumkan Elly bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut netizen, kata-kata Janna itu agak kasar dan seakan menghina status Elly.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments