Selepas dikritik cuba meraih perhatian dan mengaut keuntungan daripada kisah keperitan hidup Puteri Balqis sehingga menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu dan a sibuk “korek” pelbagai cerita, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan responya.
Menurut Aliff, dia sedikit pun tidak kisah dengan beberapa pihak yang mempertikai niatnya membantu Balqis. Dia tampil menghulurkan sumbangan selepas mengetahui tentang kesukaran hidup Balqis dan ibunya yang viral.
Bila kita bantu orang kata ambil kesempatan, kalau tak bantu orang tanya pula kenapa tak bantu. Biarlah orang nak kata apa pun! Saya hanya membantu orang yang dalam kesusahan.
Secara jujurnya, Balqis pernah mesej peribadi (DM) di Instagram dua tahun lalu tapi kami tak perasan dia DM minta bantuan, cumanya apabila kisahnya dipaparkan dalam program Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej kita.
Jadi kami follow up untuk beri sumbangan, kita tak nak tahu cerita disebalik keluarganya, kita hanya datang untuk bagi sumbangan dan bantu apa yang perlu.
Aliff bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikannya kepada Balqis.
Terdahulu, ada netizen dan beberapa selebriti kurang senang dengan tindakan Aliff yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kisah hidup Balqis untuk buat duit. Menurut mereka, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments