Kehangatan cinta pasangan Risteena Munim dan Isa Khan sedang hangat membara dan jelas sekali mereka kelihatan bahagia bersama. Hati mereka sedang berbunga-bunga dan begitu terbuka berkongsi setiap momen indah bersama di media sosial. Bak kata Risteena, dia adalah wanita paling bertuah kerana mempunyai tunang yang baik dan mencintainya sepenuh hati.
Tidak kisah dikecam terlalu menayang kebahagiaan bersama, Risteena baru-baru ini memuat lagi video romantis mereka berdua sedang menari.
Video tersebut turut memaparkan aksi mesra Isa sedang mendukung Risteena sambil kedua-duanya saling bertentangan mata. Menerusi perkongsiannya itu, Risteena sempat menitipkan pesanan selamat tinggal buat ‘haters’ di luar sana. Tidak lagi peduli dengan kecaman tentang kemesraan mereka.
Aksi dukung mesra, hangat dilamun cinta
Cepat-cepatlah kahwin
Rata-rata netizen yang melihat aksi mesra pasangan ini meminta agar mereka cepat-cepat kahwin. Bila hubungan itu sudah halal barulah bertambah manis dan tidak akan menimbulkan fitnah. Buat masa ini, cubalah untuk menjaga batas pergaulan.
Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments