#Hiburan: Hans Isaac Dedah Puteri Balqis Terima Sumbangan Lebih RM100,000

Nampaknya program Bersamamu telah membuka mata ramai pihak yang mungkin selama ini tidak menyedari masalah kesempitan hidup dan penyakit yang dihidapi oleh pelakon cilik, Puteri Balqis. Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadapnya dan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.

puteri balqis

Pihak Finas juga tidak terkecuali ingin meringankan beban yang ditanggung oleh Puteri Balqis dan ibunya.

Datuk Hans Isaac, selaku Pengerusi Finas menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya telah berkongsi dengan umum bahawa pihaknya sudah merancang beberapa projek bersama puteri Balqis.

puteri balqis sumbangan lebih rm100,000

Hans turut mendedahkan, menurut sumber daripada Media Prima, sumbangan yang diterima oleh Puteri Balqis kini sudah mencecah lebih RM100,000. Malah, kesemua buku puisi juga sudah habis dijual.

Difahamkan, dengan wang tersebut ibu Puteri Balqis berhasrat mahu menghantar anaknya ke sekolah dan mahu dia mengikuti kelas Bahasa Inggeris.

puteri balqis sumbangan rm100,000

Sesungguhnya ramai insan berhati mulia yang tampil membantu dan semoga dengan dana yang sudah berjaya dikumpulkan ini dapat memberikan sinar harapan baru buat Puteri Balqis.

Sumber Berita : NST 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments