Sejak melangsungkan pertunangan pada Ogos 2019, pelakon Intan Najuwa sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan dugaan dalam tempoh pertunangan, sekali lagi hubungannya dengan tunang, Razrul Anwar Rulis berantakan apabila aktres itu memadam foto dan kali ini ‘block’ pula tunangnya di Instagram.
Hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan dimana mereka sedang makan di restoran. Ironinya, foto kontroversi terlampau mesra Intan bersama pelakon Zul Ariffin dan Idris Khan tidak pula dipadam, sedangkan ia menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan sebelum ini.
Menurut satu sumber, jarak perbezaan usia 16 tahun antara Intan dan Razrul mungkin menjadi salah satu punca hubungan mereka bermasalah. Biasalah, pemikiran dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara mungkin berbeza.
Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan keluarga pihak lelaki kurang senang dengan sikap Intan. Eh, kenapa pula ya?
Bagaimanapun sejauh mana kebenaran gosip dan dakwaan ini tidak diketahui. Lagipun, selama ini Intan dan tunangnya dilihat cukup bahagia dan sangat romantik bersama. Malah, Razrul juga seorang yang sangat memahami kerjaya Intan sebagai seorang pelakon. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments