Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia terus menjadi bualan hangat ramai. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan berkata sepatutnya ‘menteri lain’ yang harus letak jawatan dan satu petisyen juga telah dilancarkan mendesak Dr Maszlee mengekalkan kedudukannya.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah, Nam Ron yang meluahkan rasa bimbang seandainya seorang pemimpin yang gemar mengikut telunjuk atau kurang cerdik bakal mengisi jawatan tersebut.
Nam Ron berpendapat, landskap politik di Malaysia pada masa kini diwarnai oleh generasi yang disifatkannya seperti “lembu dicucuk hidung”.
Khamis lalu, Dr Maszlee dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa pada 3 Januari 2020. Pada masa yang sama, beliau akui banyak pihak tidak senang dengan kepimpinannya dan setiap apa yang dilakukan oleh KPM pasti akan dipertikaikan sehingga timbul pelbagai isu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments