Kemunculan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu, telah mengejutkan orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kesempitan hidup yang dilaluinya.
Puteri Balqis seperti yang semua orang tahu bukan calang-calang bakatnya dan pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19. Antara individu yang pernah mengangkat bakat pelakon cilik itu adalah sutradara terkenal, Erma Fatima yang meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Puteri Balqis dan sedih melihat keadaannya sekarang.
Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.
Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.
Malah, Erma turut bertanya mengenai pendapatan Puteri Balqis ketika dia aktif berlakon.
Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.
Dalam pada itu, Erma berharap sekiranya ada yang ingin membantu seeloknya bantuan disalurkan terus kepada pihak hospital agar wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan Puteri Balqis.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments