Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila ada netizen dengan nada kurang ajar menegurnya secara kasar mengenai tindakannya berkongsi gambar yang menampakkan bahagian auratnya di Instagram. Malah, Individu itu juga turut meminta Michael memadam gambar berkenaan.
Bukan tidak boleh menerima teguran secara terbuka, tetapi biarlah teguran itu dilakukan dengan cara yang beradab dan tidak mengaibkan. Jika individu itu seorang Muslim yang baik, tentu dia tidak akan bersikap biadab dan memberikan teguran dengan cara lebih berhemah.
Kata Michael lagi, dia bertindak berkongsi hal tersebut adalah kerana ingin menunjukkan orang yang bersikap sedemikian memburukkan lagi nama dan imej Islam.
Betul apa yang dikatakan oleh Michael. Kalau hendak tegur biarlah dengan cara yang baik. Orang mualaf sepertinya memerlukan bimbingan dengan cara yang betul dan sepatutnya dalam mendalami ilmu agama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments