Baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, penyanyi Sufian Suhaimi menerima kritikan netizen apabila didakwa “menjual agama” apabila mengeluarkan produk terbarunya iaitu bantal zikir dikenali sebagai Zikir Pillow yang didatangkan dengan beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi.
Ada netizen mengecam tindakan Sufian itu, ia seolah menunggang agama kerana menggunakan Al-Quran sebagai pelaris (iklan) semata-mata ingin melariskan produk keluarannya.
“Bahagian mana zikir, doa dan surah jadi tunggang agama?”
Tidak hanya berdiam diri, penyanyi itu tampil memberikan penjelasan. Menurut Sufian, niat dia menjual produk itu hanyalah untuk menyebarkan perkara positif kepada orang ramai.
Terdahulu, meskipun ramai yang memberikan komen negatif, namun ada juga netizen yang mempertahankan produk tersebut dan mengatakan bantal itu sangat berguna. Boleh menenangkan jiwa sebelum tidur, lebih bermanfaat berbanding mendengar lagu yang melalaikan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments