Tahun lalu, pelakon Fathia Latiff dihimpit dengan pelbagai kontroversi menyebabkan kehidupannya agak tunggang-langgang sehingga ada yang mengatakan dia mempunyai masalah mental.
Bersempena dengan tahun baru, Fathia berharap ia dapat memberi sinar baru untuknya terus berada dalam industri seni selain berazam untuk mengawal diri agar tidak terpalit dengan kontroversi lagi.
Katanya, dia kini sudah lebih matang dan tidak cepat melatah menghadapi segala kecaman netizen. Apa yang dilakukan tidak terlalu mengikut perasaan. Menurut Fathia, netizen yang mengecam dirinya pun bukanlah sempurna sangat.
Kalau mereka (netizen) boleh cakap, saya pun boleh cakap balik pada mereka juga. Anda (netizen) siapa sebenarnya, anda pun bukanlah sempurna sangat.
Saya boleh je bantai anda semula. Tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi tak boleh keterlaluan dan melampaui batas juga.
Dalam pada itu, Fathia memberitahu dia menutup ruangan komen di akaun Instagramnya atas tujuan untuk mengawal dirinya dari merasa tertekan serta geram apabila ada kata-kata kurang menyenangkan di ruangan tersebut.
Baguslah kalau Fathia sudah mempunyai semangat serta azam yang kuat untuk berubah. Semoga Fathia akan lebih berjaya selepas ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments