Rasanya ini bukan kali pertama usahawan muda berasal dari negeri Kelantan iaitu Ayunie menjadi bualan orang ramai dan kali ini, dia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa diri sebagai remaja terkaya di Malaysia ketika ini.
Melalui video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini, Ayu kelihatan sedang menyambut kedatangan stok yang baru saja di ‘restock‘ semula dengan menaiki lori besar.
Hal yang membuatkan ramai berasa kurang senang apabila Ayu mengeluarkan ‘statement‘ bahawa dia adalah remaja paling kaya di Malaysia sedangkan remaja lain bertungkus lumus menghabiskan pembelajaran mereka di usia 19 tahun.
Sehubungan dengan kata-kata yang dilemparkan, netizen tidak berpuas hati apabila usahawan tersebut merasakan dirinya terpaling kaya serta riak dengan apa yang dimiliki sekarang ini.
Malah, ada juga netizen memerli gadis tersebut dengan berkata dimana dia ‘membeli’ keyakinan diri seperti itu sedangkan ramai lagi remaja lain yang lebih kaya darinya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih perhatian yang cukup hebat di laman TikTok, dimana lebih 700,000 tontonan dan hampir 40,000 tanda suka yang diterima daripada pengguna.
The post “Perasannya!” – Riak Akui Diri Remaja Paling Kaya Di Malaysia, Usahawan Kelantan Teruk Dicaci Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments