#Hiburan: “Kau Menet*k Ke Apa?” – Tular Video Remaja Lelaki Selamba Baring Atas Riba Gadis, Siap Usap Kepala

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan aksi mesra dua orang remaja telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, seorang remaja lelaki dilihat sedang baring di atas peha seorang remaja perempuan di sebuah bangku di tempat awam.

Advertisement

Malah, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai apabila si gadis turut membelai rambut dan mengurut kepala remaja lelaki berkenaan tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala.

Menurut pemilik video, tujuan dia berkongsi rakaman itu agar dapat menjadi pengajaran buat masyarakat di luar sana supaya memerhati perbuatan dan tingkah laku anak-anak yang sedang membesar.

Pengajan untuk kita semua. Sekurang-kurangnya bila tengok video ni, ada yang berdoa supaya ahli keluarga kita sendiri dijauhkan perkara-perkara macam ni.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap sikap remaja pada zaman kini.

Namun, ada juga segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan perkongsian video berkenaan kerana menganggap ianya mengaibkan keluarga kedua remaja berkenaan dan mempersoalkan mengapa orang awam tidak terus menegur perbuatan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Perangai Rempit" - 'Gelojoh' Nak Cium Isteri 'Influencer' Depan Kawan, Anak Jamal Yunos Teruk Dikutuk

The post “Kau Menet*k Ke Apa?” – Tular Video Remaja Lelaki Selamba Baring Atas Riba Gadis, Siap Usap Kepala first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments