Penyanyi kumpulan Indigo yang memang cukup terkenal sekitar tahun 90-an, Bad Indigo mengakui terkelu apabila mengetahui bekas isterinya, penyanyi Ashira sudah bertemu pengganti.
Kata Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah,47, yang ditemui mStar, meskipun mereka berdua sudah bercerai namun dia masih menyayangi Ashira dan berharap agar mereka berdua dapat bersama kembali jika diizinkan.
Perasaan sedih itu juga diluahkan Bad menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Namun begitu, Bad juga reda dengan ketentuan jodoh yang ditentukan Allah S.W.T kepada mereka.
Allah telah tentukan jodoh kami tak panjang. Memang terkejut bila dapat tahu dia sudah membawa hati dengan orang lain.
Saya pun tak boleh cakap banyak mengenainya kerana takut mengganggu kebahagiaan orang lain. Kita hanya merancang, Allah tentukan segala-galanya.
Bad berkata hatinya masih belum pulih sepenuhnya daripada kisah penceraian yang dahulu dan perkongsiannya di media sosial itu hanya sekadar meluahkan apa yang dirasai pada ketika ini.
Ujarnya, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti kerana sedar akan situasi dirinya sendiri selain enggan menyusahkan orang lain.
Kini, Bad mencari rezeki di sebuah bengkel di Ampang sejak Januari lalu memandangkan dia sudah lama tidak menerima sebarang undangan nyanyian.
Terdahulu, Bad dan Ashira telah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahu lalu namun bercerai pada Jun tahun ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Memang Terkejut..” – Akui Masih Sayang Ashira, Bad Indigo Kelu Bekas Isteri Dah Temui Pengganti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments