Siapa tidak kenal Kasih Iris Leona, anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman yang tidak henti-henti mencetuskan kontroversi.
Baru-baru ini, Kasih Iris menerusi media sosialnya ada mengumumkan bahawa dia ‘patah hati’ setelah putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Ryan.
Kasih yang kini berada di luar negara bagi tujuan melanjutkan pelajaran juga memaklumkan bahawa dia dan bekas kekasihnya itu masih berkawan sehingga ke hari ini.
Terbaru, Azhar Sulaiman yang gemar menggelarkan dirinya sebagai ‘mami’ ada menitipkan pesanan buat anaknya itu mengenai isu jodoh dan perhubungan cinta.
Kata Azhar, selepas ini Kasih perlu memastikan hubungan yang dibina sampai ke tahap pertunangan barulah dihebahkan kepada umum.
Dean Nuna, lepas ni kalau dah confirm nak masuk meminang sahaja baru you tunjuk pada semua orang who is your boyfriend ok.
Azhar juga berharap agar anaknya itu tidak lagi mencuri tumpuan netizen dan sentiasa berjaga-jaga dengan sisi gelap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial pelakon itu turut menasihati benda yang sama dan berharap agar Kasih Iris lebih matang di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Lepas Ni Dah ‘Confirm’ Baru Tunjuk..” – Kasih Iris Kecewa Akibat Putus Cinta, Ini Nasihat ‘Mami’ Azhar Sulaiman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments