#Hiburan: (VIDEO) ”Ini Khurafat!” – Benarkah Mandi Di Tasik Dayang Bunting Boleh Cepat Dapat Zuriat?

Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi pasti akan melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.

Bukan itu sahaja, ada juga mitos yang mengatakan bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan zuriat dengan cepat boleh berikhtiar dengan mandi atau berendam di tasik itu.

Advertisement

Malah, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik hantaran video yang menyatakan tentang keberkesanan mitos tersebut apabila selepas seminggu pulang dari tasik tersebut, dia akhirnya berjaya mendapatkan zuriat.

Balik je dari sini, seminggu lepastu saja buat test.. Alhamdulillah lekat sorang baby Langkawi.

Namun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Malissa Ali telah memuat naik ciapan meluahkan rasa kebimbangannya terhadap video tersebut.

Menurutnya, ikhtiar yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.

Dah makin merepek-repek trend ni. Kehidupan bukan datang dari tasik tu, tapi datang dari Allah.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengatakan amalan khurafat ini tidak seharusnya dipraktikkan lagi sebagai individu beragama Islam.

Ikhtiar tak menghalalkan cara. – Netizen.

Advertisement

Boleh jadi syirik sebab pemikiran “sebab tasik dayang bunting aku mengandung”,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sukan sea 2021 bendera salah
2 jam lalu

"Kerja Pakai Kabel Ke?!" - Sususan Bendera Negara 'Berterabur', Netizen Persoal Penganjur Sea Games 2021

The post (VIDEO) ”Ini Khurafat!” – Benarkah Mandi Di Tasik Dayang Bunting Boleh Cepat Dapat Zuriat? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments