#Hiburan: “Sekarang Tak Boleh Rotan & Jerit..” – Anak Dikecam Terlalu Seksi, Azhar Sulaiman Hanya Beri Teguran

Sedia maklum, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan ramai di media sosial kerana cara pemakaian yang boleh dikatakan terlalu seksi.

Sedar akan kecaman yang sering diterima anak perempuannya, Azhar Sulaiman yang memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa berkata dia hanya mampu berdoa agar anaknya itu berubah satu hari nanti.

Advertisement

Tambahannya lagi, anak yang kini sudah meningkat dewasa sudah tidak sesuai untuk dirotan mahupun dijerit, tetapi perlulah ditegur secara berhemah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Tetapi apa saja yang kita tegur itu, bukan mudah.. saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah sama macam Kaza dan Normah Damanhuri.

Advertisement

Melalui temubual mStar bersama pelakon yang kini sudah berusia 50 tahun itu, Azhar turut berkongsikan bahawa anak-anak tidak akan mengikuti jejak langkahnya dalam bidang seni.

Sekadar info, Leona sebelum ini pernah dikecam kerana memuat naik satu video bersama rakannya menari sambil memakai gaun ketat yang terbelah dibahagian dada.

Sememangnya apa yang dipakainya itu telah mendapat perhatian dan ramai yang menegur gadis itu agar mengingati agama serta tidak selalu memakai pakaian yang terlalu menjolok mata.

leona
6 hari lalu

(VIDEO) Menari Terkinja-Kinja Di TikTok, Netizen Kecam Anak Azhar Sulaiman Pakai Seksi Terdedah Bahagian Dada

The post “Sekarang Tak Boleh Rotan & Jerit..” – Anak Dikecam Terlalu Seksi, Azhar Sulaiman Hanya Beri Teguran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments