Siapa saja yang tak bahagia bila dapat keluarga mentua dan ipar duai yang baik hati, ia semestinya sesuatu yang diidamkan oleh setiap orang apabila memasuki alam rumah tangga.
Sama seperti wanita ini, Nor Azrin Ariffin bersyukur kerana dia dikurniakan keluarga mentua dan ipar duai yang penyayang.
Tambahan pula, walaupun wanita itu merupakan ibu tunggal sebelum memasuki ahli keluarga tersebut, dia tetap dilayan secara adil dan saksama.
Memetik laporan mStar, Nor Azrin yang juga merupakan jururawat bergilir-gilir menjaga arwah ibu mentuanya semasa terlantar sakit dek kerana kesan Covid-19.
Walaupun begitu, Nor Azrin tidak menyangka jasanya itu dibalas oleh keluarga mentua dan iparnya dengan cara yang sangat menyentuh perasaan.
Menurutnya, dia di ‘prank‘ oleh kakak ipar apabila menerima mesej menyuruhnya pulang segera dengan alasan anaknya tidak sihat.
Nor Azrin yang tidak mengetahui bahawa perkara berikut merupakan ‘prank’ untuk hari jadinya, pulang segera untuk melihat keadaan anak saudaranya tetapi tanpa disangka ianya hanyalah gurauan semata-mata dan terkejut apabila semua keluarga mentuanya datang membawa ‘surprise‘.
Selain itu, kakak-kakak ipar Nor Azrin turut menghargai jasanya menjaga ibu bersama-sama dan itu membuatkan Nor Azrin menitis air mata.
Nor Azrin juga sangat bersyukur tentang penerimaan keluarga itu terhadapnya tanpa mengira status dan tidak membeza-bezakan kasih sayang walaupun dia hanyalah keluarga ipar.
The post Kena ‘Prank’ Sempena Hari Lahir, Wanita Bersyukur Dapat Ipar Duai ‘Sporting’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments