#Hiburan: “Kalau Sakit Ambil Je” – Jangan ‘’Judge’ Ibu bersalin Ambil Epidural, Tak Semua Boleh Tahan ‘Contraction’

Setiap wanita yang berumah tangga pastinya mempunyai impian untuk merasai pengalaman hamil dan melahirkan zuriat mereka sendiri bersama yang dicintai.

Namun begitu, kerap kali kita dihidangkan dengan cerita mengenai ibu-ibu hamil yang didakwa memilih untuk bersalin dengan mengambil epidural kerana tidak mahu merasai sakit keterlaluan ketika proses melahirkan anak.

Advertisement
epidural bersalinSumber : Google  

Oleh disebabkan itu, momen-momen yang sepatutnya menjadi saat terindah itu sedikit sebanyak meninggalkan ‘parut’ kerana masih wujud golongan yang memandang rendah ataupun ‘judgemental’ kepada ibu-ibu yang tidak melahirkan anak secara normal.

Dakwaan seperti ‘kurang sempurna’ juga sering dimomokkan golongan ini kerana bagi mereka ibu-ibu tersebut tidak merasai ‘nikmat’ kesakitan sebenar ketika bersalin.

Doktor Imelda Balchin, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) baru-baru ini ada berkongsikan pandangannya mengenai isu tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya, setiap orang perlu menghormati pilihan masing-masing kerana ada yang memilih untuk merasa ‘sakit’ bersalin dan ada juga yang nak ‘selesa’ bersalin, asalkan ibu dan bayi yang dilahirkan sihat walafiat.

Advertisement

Tambahnya lagi, tidak semua ibu boleh mendapat epidural di hospital kerana ia bergantung kepada berapa ramai doktor pakar bius di hospital pada ketika itu.

komen facebookSumber : Facebook  

Tetapi janganlah memomokkan dan merendahkan wanita yang meminta epidural untuk bersalin jika untuk anak lelaki atau cucu lelaki anda sendiri.

Kenapa nak paksa wanita yang nak bersalin tahan sakit jika mereka sudah ada lebih ilmu pengetahuan tentang epidural dan memilih epidural?

Akhirinya, seseorang wanita hamil itu hanya akan dipertimbangkan untuk mengambil ubat penahan sakit itu setelah dipantau oleh doktor pakar O&G dan doktor pakar bius anaestesia.

“Tak usahlah dengar ‘palatao’ dari doula dan makcik bawang yang tak benarkan wanita memilih epidural dan hentikan membuat hukuman ke atas wanita yang tak mahukan beban sakit.” ujarnya lagi.

4 years lalu

"Dakwaan Vaksin Penyebab Kanser Adalah Fitnah, Penyebar Perlu Belajar Lagi" - Dr Imelda

The post “Kalau Sakit Ambil Je” – Jangan ‘’Judge’ Ibu bersalin Ambil Epidural, Tak Semua Boleh Tahan ‘Contraction’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments