Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi tentang wajah-wajah selebriti Malaysia yang pernah ditayangkan di ‘billboard’ gergasi Times Square, New York sempena kempen bulanan EQUAL Spotify.
Setakat ini, 6 penyanyi wanita telah berjaya menempa nama iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Vanessa Reynauld, Dolla, Layla Sania dan Iman Troye.
7 Malaysian Singers have made on Billboard New York Times Square for EQUAL Spotify monthly Campaign
Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Siti Nurhaliza pic.twitter.com/ONigiItdBj
— Ratu Balqis (@RatuBalqisah) May 19, 2022
Namun, segelintir netizen dilihat seperti tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang kelayakan Iman Troye.
Menurut golongan ini, penyanyi lagu Teman itu masih mentah dan tidak setanding nama-nama yang lain sehingga wajahnya terpampang di ‘billboard’ gergasi itu.
Malah, ada yang menyuarakan pendapat bahawa Iman itu ‘overrated’ sedangkan lagunya ‘biasa-biasa je’.
Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat itu adalah rezeki masing-masing termasuklah Iman Troye.
Kata mereka, tidak perlu persoal atau ‘bitter’ hanya kerana artis tersebut tidak setanding dengan kehebatan penyanyi lain.
The post “Tak Setaraf Langsung, Suara Sengau” – Terpampang Di ‘Billboard’ Times Square, Netizen Rasa Iman Troye Tak Layak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments