#Hiburan: “Bazir Masa Dan Duit!” – Pekerja Mengeluh Penat Mental Dan Fizikal, Rayu Majikan Beri Pilihan WFH

Sejak pihak kerajaan memberi banyak kelonggaran dan kini negara sudah lalui fasa endemik, banyak syarikat sudah mula ‘memanggil’ pekerja mereka untuk datang bekerja semula ke pejabat setelah 2 tahun hanya bekerja dari rumah.

Baru-baru ini, tular satu tweet di Twitter yang menarik perhatian ramai serta perbincangan yang hangat di kalangan netizen sehingga kini.

Advertisement

Melalui ciapan yang dibuat oleh pengguna terbabit, dia meminta agar majikan dapat memberi kelonggaran serta pilihan kepada pekerja untuk memilih sama ada mahu bekerja dari rumah ataupun di pejabat.

Isu ini timbul apabila pemilik tweet berkenaan berkongsikan kos perbelanjaan untuk ke pejabat dari rumah dalam masa sebulan sangat tinggi hingga mengganggu kesihatan mental serta fizikalnya.

Advertisement

Buang masa dan duit. Jadikan bekerja dari rumah sebuah pilihan lah untuk semua yang sesuai.

Ciapan tersebut telah meraih banyak perhatian daripada netizen hingga mendapat lebih 5000 retweet dan mereka juga meninggalkan pandangan serta cadangan untuk pemilik ciapan itu menghadapi masalah ini.

komen twitter

Melalui tinjaun di ruangan komen, sememangnya ramai yang bersetuju mengenai pemilihan ini. Namun dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan jika pekerja di beri kelonggaran untuk bekerja dari rumah, prestasi kerja tidak akan sama seperti dalam pejabat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

indonesia kahwin adik sendiri bekas suami
3 jam lalu

"Semoga Bahagia Dengan Bekas Suamiku.." - Kakak Reda Adik Kandung Bernikah Dengan 'Ex-Husband'

The post “Bazir Masa Dan Duit!” – Pekerja Mengeluh Penat Mental Dan Fizikal, Rayu Majikan Beri Pilihan WFH first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments