#Hiburan: “I Have Forgiven Her”- Chef Wan Tak Nak Jumpa Shikin Maembong, Jauhkan Diri Dari Drama Anak-Anak

Bekas menantu Chef Wan, Shikin Maembong didedahkan mahu menarik semula tuntutan saman dan mahu berjumpa dengannya.

Menurut Chef Wan melalui entri di Instagram menyatakan, anaknya Serina menghantar pesanan memaklumkan Shikin mahu bertemu dan memberikan penjelasan.

Advertisement

Namun begitu, Chef Wan menolak untuk berjumpa dan telah memaafkan segala perkara yang berlaku pada masa lalu serta tidak mahu mendengar drama anak-anak dan bekas menantu.

Selain itu, beliau berkata dia tidak boleh bertahan dengan karenah semua orang dan telah berkorban untuk ramai orang dalam hidupnya.

Advertisement

Tambahnya, ramai orang menggunakan kepercayaannya untuk tujuan yang tidak baik dan berharap agar dia boleh fokus kepada diri sendiri selepas ini.

Chef Wan juga memberitahu jika individu itu mahu menyaman atau menarik semula saman, itu semua adalah tertakluk kepada pilihan diri sendiri.

Sebelum ini, pergelutan di antara Shikin dan Chef Wan sememangnya menjadi topik yang ‘panas’ berlaku di platform media sosial dan difahamkan ia berpunca daripada bekas menantunya itu mahu menyaman cef selebriti berkenaan sebanyak RM1 juta.

Shikin Maembong tenang dikecam
3 bulan lalu

"Awak Semuakan 'Perfect'.." - Shikin Maembong Tenang Dikutuk Mulut Senget & Menantu Dari Neraka

The post “I Have Forgiven Her”- Chef Wan Tak Nak Jumpa Shikin Maembong, Jauhkan Diri Dari Drama Anak-Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments