Tular di media sosial semalam apabila kenyataan daripada anak kepada Presiden UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.
Dia yang dilihat memberi pendapat mengenai isu kepimpinan dan juga hak asasi manusia berkata bahawa seorang wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin, dan lelaki lebih layak untuk memegang jawatan itu.
Katanya lagi, hak wanita juga adalah sama rata dengan hak asasi manusia kerana semua orang adalah manusia.
Difahamkan, video tersebut adalah ‘teaser’ untuk program temubual bertajuk Politically Frank yang akan bersiaran dalam portal Sinar Daily.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkata mereka tidak faham tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak perempuan kepada Datuk Zahid Hamidi itu.
Kata netizen, kenyataan Nurulhidayah tidak mempunyai asas dan hanyalah bercakap kosong semata-mata.
The post (VIDEO) “Wanita Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin” – Kenyataan Nurul Zahid Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments