Lumrah bercinta, pasti ada pasang surut dalam perhubungan dan ada juga yang terputus di tengah jalan.
Kalau bercinta tu, pastinya banyak wang dihabiskan tidak kiralah untuk ambil hati pasangan dengan belanja makan atau hadiah sepanjang perhubungan.
Seperti satu kisah ‘cinta tak jadi’ ini, respon lelaki ini apabila diminta untuk memulangkan kembali barang-barang yang pernah diberi oleh bekas teman wanitanya telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Dalam hantaran video TikTok itu, wanita berkenaan telah menuntut kembali beberapa barang seperti seluar, baju dan dompet yang berharga ratusan ringgit.
Tidak mendiamkan diri, lelaki itu kemudian ‘mengungkit’ kembali apa yang pernah diberikannya kepada wanita tersebut semasa mereka bercinta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa puas hati melihat tindakan lelaki itu yang dianggap ‘buku bertemu ruas’.
Kalau dah benci tu kan..semua nak tuntut balik ye!
The post (VIDEO) “Seluar RM150..” – ‘Ex-Gf’ Tuntut Barang Lepas Putus Cinta, Respon Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments