#Hiburan: “Dia Ni Over Pulak” – Netizen Menyampah Tengok Siti Jamumall ‘Memekik’, ‘Koyak’ Dituduh Pakai Duit Palsu

Tular baru-baru ini di media sosial seorang ‘founder’ dikenali sebagai Siti Jamumall didakwa membayar duit ‘review’ kepada influencer menggunakan duit palsu.

Rakaman menunjukkan ‘influencer’ berkenaan menyerangnya dan memaklumkan bahawa duit diterima adalah palsu itu telah mendapat perhatian di aplikasi TikTok.

Advertisement

Bagi membuktikan dia tidak menggunakan duit palsu, usahawan berkenaan telah membayar bil pengunjung sebuah pasar raya dengan wang tunai dibawanya.

duit yang dipakai bukan palsu
19 jam lalu

"Duit Tu Betul!" - Dituduh Bagi Duit Palsu, Siti Jamumall Bayar Barang Dapur Orang Lain Pakai 'Cash

Tidak lama selepas itu, malam semalam tular pula rakaman video ketika dia membuat sesi ‘live’ di TikTok.

Menerusi video itu, dia dilihat menjerit ke arah kamera kerana terlalu marah dituduh menggunakan wang palsu.

Advertisement

Duit original. Kau jangan cakap yang aku bagi duit fake dekat kau lah!”

Bagaimanapun, ramai netizen yang melihat kelakuan usahawan itu yang menjerit seperti dirasuk berasa ‘annoyed’ dan membuat tekaan bahawa ia semua hanyalah gimik.

Rata-ratanya seperti dapat agak apa yang berlaku adalah ‘marketing’.

Segelintir dilihat membuka cerita lama tentangnya sebelum ini di mana dia pernah kantoi menggunakan wang palsu ketika sesi ‘live’.

The post “Dia Ni Over Pulak” – Netizen Menyampah Tengok Siti Jamumall ‘Memekik’, ‘Koyak’ Dituduh Pakai Duit Palsu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments